1-Original Floyd Rose. Setahu saya inilah model yang selalu dipuji puji oleh ramai gitaris. Pengguna pertamanya yang paling terkenal pastinya Edward Van Halen. Biarpun Eddie mengatakan distudio beliau tidak menggunakan gitar dengan FR kerana terlalu 'bright' bunyinya.
2-Jadi saya tertarik dengan UNO Guitar model Warzone I. Harga ditawarkan sekarang sekitar RM18XX. Set neck dengan akses seperti LP Axcess, active Tesla Uno, reversed headstock dan OFR. Menarik. Sangat menarik. Cuma inlay berbentuk " + " saja yang melecehkan sedikit. Tapi positifnya (no punk intended) instant Metallica. KH?
3-Kemudian saya mengetahui ada juga OFR yang dibuat di Korea.Yang menjadi dambaan ramai ialah buatan Schaller Germany. Dengarnya ada juga daripada Gotoh. Daripada 'business sense', Encik Floyd Rose memang buat duit. Pernah lihat gitar keluaran pengasas FR ini? Hahaha.
4-Saya tidak mengatakan Korean made tidak apa apa, cuma terpegun kerana ilmu pergitaran saya masih tidak meluas lagi.
DYSLEX
Wednesday, 11 September 2013
Thursday, 29 August 2013
#1- Diamond inlay
1-Semua buatan China. Harga bermula lebih RM1500 daripada sumber. Saya tidak mempromosikan. Cuma meletakkan dilema disini. Apakah saya menyokong gitar buatan China?
2-Jujurnya tidak banyak boleh saya lakukan selain, kalau jadi, membeli gitar buatan China dan menghabiskan masa bermain dirumah saja. Hobi. Pastinya yang asli USA memang menjadi minat.
3-Mungkin penjual gitar sebegini sudah boleh memikirkan untuk 'commercialise' source mereka dengan mewujudkan gitar jenama mereka sendiri.
4- Jika Ibanez boleh memilih nama bukan Jepun dan berjaya, carilah nama jenama yang serius. Saya terfikir malam tadi, andaikata saya menjadi penjual gitar MIC sebegini, saya akan gunakan nama nama yang 'associate' dengan dunia muzik rock, sebagai idea awal.
5-Saya akan utamakan custom order. Beri banyak lagi pilihan untuk tambahan/pengubahsuaian dengan platform 'mass produce'. Andai.
Friday, 5 July 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)


